MPV yang terjunam ke dalam sungai. FOTO ihsan bomba
MPV yang terjunam ke dalam sungai. FOTO ihsan bomba
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Seorang lelaki terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Kampung Batu Delima, di sini kira-kira 9.20 malam hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 9.28 malam sebelum lapan anggota bomba bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati terdapat sebuah MPV Toyota Alphard terbabas dan terjunam ke dalam sungai.

"Mangsa lelaki yang berusia 44 tahun berjaya keluar dari kenderaannya dengan bantuan orang awam dan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Operasi itu tamat pada jam 9.35 malam dan kes itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 11:41 PM