TEKNOLOGI baru dalam kanta sentuh janjikan keselesaan.
TEKNOLOGI baru dalam kanta sentuh janjikan keselesaan.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Pemakaian kanta sentuh untuk mereka yang rabun antara pilihan baik bagi menggantikan cermin mata, namun ramai terpaksa berdepan ketidakselesaan ketika memakai kanta sentuh yang tidak sesuai hingga mengganggu tugasan harian.

Mata kering dan letih selepas memakai kanta sentuh sepanjang hari atau terasa seperti ada bendasing di dalam mata dan menyebabkan ketidakselesaan adalah antara rungutan yang paling biasa.

Walaupun selepas pembangunan selama 40 tahun, keselesaan kanta sentuh masih menjadi masalah besar bagi pemakai kanta sentuh.

Persatuan Tear Film and Ocular Surface Society (TFOS) dalam satu kajian menemui sebanyak 50 peratus pemakai kanta sentuh melaporkan keadaan tidak selesa.

Perkara yang lebih membimbangkan ialah kurang daripada suku pemakai kanta sentuh meluahkan mengenai masalah ini, sekali gus mengakibatkan sebahagian besar menderita dalam diam.

Kekeringan dan ketidakselesaan lazimnya dianggap sebagai sebahagian daripada pengalaman memakai kanta sentuh dan menjadi alasan untuk berhenti memakainya.

Justeru, jenama penjagaan mata Alcon memperkenalkan teknologi baru dalam kanta sentuh yang menjanjikan keselesaan lebih baik.

Diilhamkan oleh ‘penderita diam’, Kanta Sentuh Satu-Hari Gradien Air Dailies Tota1 mengundang pemakainya untuk mengubah definisi jangkaan keselesaan mereka.

Ia memberikan kelinciran dan keupayaan pernafasan yang unggul, sehinggakan pengguna tidak berasa memakai apa-apa walaupun kanta sentuh berada dalam mata mereka sepanjang hari.

Dalam satu kajian yang dilaksanakan sebelum pelancaran Dailies Total1, 46 peratus pengguna Malaysia melaporkan kekeringan atau ketidakselesaan ketika memakai kanta sentuh. Selain itu, 53 peratus daripada mereka melaporkan kanta sentuh mereka terasa kering pada penghujung hari.

Pengurus Negara Alcon Malaysia Sandeep Tewari berkata, kanta sentuh Dailies Total menawarkan pelanggan pengalaman pemakaian yang mengagumkan.

Menurutnya, dalam kajian klinikal syarikat itu, sembilan daripada 10 pesakit melaporkan Dailies Total1 begitu selesa sehinggakan mereka terasa seperti tidak memakai sebarang kanta.

“Penyelidikan di sebalik Dailies Total Alcon menghasilkan kanta sentuh yang bukan saja lebih unggul dari segi keupayaan pernafasan (enam kali lebih baik daripada kanta pakai buang lain di pasaran), tetapi juga kelinciran.

“Berbekalkan teknologi gradien air yang menakjubkan, kanta Dailies Total1 direka dengan hampir 100 peratus air di atas permukaan luar bagi mewujudkan permukaan licin dan kusyen yang selesa serta perasaan ‘tiada bendasing’ hingga penghujung hari,” katanya.

Katanya, kebanyakan kanta sentuh berasa selesa apabila mula memakainya. Bagaimanapun, ujian sebenar bagi kanta sentuh adalah sama ada keselesaannya boleh bertahan sepanjang hari, sehingga saat mengeluarkannya.

Dalam satu kajian klinikal, pesakit memberikan skor setinggi 9.2 daripada 10 untuk keselesaan pada penghujung hari bagi kanta sentuh itu.

Memandangkan pengguna biasa meluangkan masa selama 16 jam sehari untuk aktiviti harian seperti kerja, tugasan di rumah dan aktiviti santai, ketidakselesaan kanta sentuh bukan lagi satu penghalang dan gangguan yang boleh dibiarkan.

Dailies Total kini ditawarkan oleh profesional terpilih di seluruh negara dan dijual dalam pek 30 unit berharga RM174.90.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 5:04 AM