Mior Azlan Mior Kamarulbaid


MUHAMMAD Adam Hamka Norisam, kanak-kanak yang menderita sindrom `Pfeifer’ sejak lahir, meninggal dunia, awal pagi ini.

Ibunya, Khairiyah Shamsudin, 39, berkata arwah anaknya meninggal dunia pada usia dua tahun di Hospital Cameron Highlands, kira-kira 4 pagi.

Kisah terakhir mengenai Allahyarham disiarkan Harian Metro pada Sabtu, 6 Ogos 2016.

Allahyarham Muhammad Adam Hamka menghidap Sindrom Pfeiffer sejak dilahirkan pada 14 November 2014.

“Walaupun sedih, saya juga bersyukur dan menerima ketentuan Allah SWT. Saya bersyukur diberi kekuatan dan kesempatan sehinggakan tidak berengang dengan Adam.

“Dia anak yang kuat semangat,” kata Khairiyah ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di, Seremban, Negeri Sembilan.

Khairiyah menjelaskan, mereka sekeluara berada di Cameron Highlands kerana bercuti ketika dalam perjalanan pulang ke Temerloh, Pahang.

“Kami sebenarnya dalam perjalanan pulang daripada menyertai program Anak-Anak Hydrocephalus di Kolej Kejururawatan Persekutuan Sultan Azlan Shah, di Tambun, Perak,” katanya.

laporan sebelum ini

http://www.hmetro.com.my/node/80980

http://www.hmetro.com.my/node/157053

http://www.hmetro.com.my/node/17723

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 9:50 AM