KOLEKSI ‘Over My Dead Body’ sedia pakaian untuk mereka yang mahu dikebumikan dengan segak.
KOLEKSI ‘Over My Dead Body’ sedia pakaian untuk mereka yang mahu dikebumikan dengan segak.
Agensi

London: Mereka yang ingin kelihatan cantik walaupun selepas mati boleh menggunakan koleksi ‘Over My Dead Body’ untuk memastikan mayat mereka segak pada majlis pengebumian.

Mengikut kajian oleh syarikat atas talian, Lyst, lebih separuh responden wanita mahu dikebumikan dengan penuh gaya termasuk dengan busana anggun, manakala sepertiga mahu dipakaikan dengan pakaian tidur. Suku daripada mereka pula mahu berpakaian sukan, namun rata-rata wanita mahu dikebumikan dengan dipakaikan kasut tumit tinggi.

Rangkaian baju, barang kemas dan aksesori diperagakan wanita yang bergambar di dalam keranda, malah mereka turut dikenakan solekan untuk lebih nampak seperti mayat.

Pengarah Pengarang Lyst, Katherine Ormerod berkata, pihaknya memahami pakaian seseorang menggambarkan personaliti setiap individu, malah 85 peratus rakyat Britain dilaporkan memikirkan secara serius pakaian ketika pengebumian mereka.

“Tidak hairanlah jika pakaian saat dikebumikan juga dipandang serius segelintir masyarakat. Buat apa memilih pakaian membosankan selepas meninggal dunia? Kematian adalah sesuatu yang abadi jadi tidak hairan jika pakaian dikenakan cantik dan menarik,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 8:47 AM