KATIL kanak-kanak yang direka seperti pelancar misil Buk.
KATIL kanak-kanak yang direka seperti pelancar misil Buk.
Reuters

St Petersburg: Sebuah syarikat mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian pengguna apabila ia menjual katil kanak-kanak berbentuk pelancar misil Buk, seperti yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia di timur Ukraine pada 2014.

Pendakwa raya antarabangsa berkata bulan lalu, pesawat itu ditembak jatuh dengan menggunakan misil Buk dari sebuah kampung yang dikuasai pemberontak pro-Russia.

Moscow menafikan terbabit, sebaliknya mendakwa tentera Ukraine yang bertanggungjawab.

Semua penumpang dalam penerbangan MH17 itu, kebanyakannya warga Belanda, terbunuh.

Katil kanak-kanak itu yang dibuat oleh sebuah syarikat di St Petersburg mencetuskan kecaman ramai pengguna Russia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 9:10 AM