BERI kelainan dan menarik golongan muda.
BERI kelainan dan menarik golongan muda.
BERI kelainan dan menarik golongan muda.
BERI kelainan dan menarik golongan muda.
BERI kelainan dan menarik golongan muda.
BERI kelainan dan menarik golongan muda.
myMetro

Strategi global Timberland adalah untuk menyediakan diri bagi landskap pengguna moden; mengalihkan perhatian jenamanya ke arah gaya hidup dengan kasut dan pakaian lebih sesuai buat pengguna yang menyukai kehidupan luar.

Mengambil ilham daripada tema musim ini, Luahan Semula Warisan, Timberland melancarkan semula kedainya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, di samping memperkenalkan konsep kedai pertukangan terbaru dan pertama di Asia.

Konsep ini direka khas untuk mencipta pengalaman pengembaraan sensori bagi pelanggannya malah usaha membawa konsep terbaru itu salah satu cara memberikan kelainan dan menarik minat golongan muda ke pasarannya.

Timbalan Presiden Pasaran Global Timberland Jim Davey berkata, nadi utama jenama itu adalah but klasik kuning, iaitu ilham perdana jenama itu dan daripada ilham berkenaan, pelbagai koleksi Timberland dihasilkan.

“Kini produk paling ikonik kami diterjemahkan semula agar pelanggan sentiasa bersedia menjadi pengembara sama ada di luar atau dalam bandar,” katanya.

Kedai terkini mewujudkan tempat pameran kraf dan meja kerja yang membolehkan pelanggan berkumpul di samping menunggu tempahan but mereka dengan tali kasut warna kegemaran dan jahitan nama pelanggan pada but.

Selain itu, kakitangan kedai digalak mencipta pengalaman dan bergaul dengan pelanggan di hab sosial terbaru di kedai Timberland Mid Valley. Di dalamnya, terdapat paparan sosial yang menyampaikan acara terkini dan akan datang kepada pelanggan.

Tetapi, nadi utama konsep pertukangan berada di bilik but - tempat simpanan warisan Timberland iaitu kasutnya.

Ruang ini dilengkapi lampu gantung ‘shoelast’ dan dinding ‘The Icon’ yang menceritakan ciptaan but kuning Timberland yang paling ikonik.

Mengikuti gaya tradisi Timberland pada pelancarannya baru-baru ini, jenama ini turut memperkenalkan koleksi terkininya, Harvest Gold. Koleksi Harvest Gold memperbaharui siluet klasik jenama dengan gaya dan teknologi canggih untuk pemakai moden.

Diilhamkan daripada warna gandum, koleksi Harvest Gold ini dipadankan dengan pelbagai warna, daripada keemasan hinggalah karamel.

Ia juga mengambil ilham daripada pakaian tradisi pengembara dan pelbagai gaya ikonik untuk rekaan yang tahan lasak dan senang dipadankan sama ada siang atau malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 5:06 AM