IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Mohd Hafizee Mohd Arop


Kampar: Pekerja kilang di Jalan Tebing Tinggi, Malim Nawar, Kampar, parah selepas tangan kanannya tersepit dalam mesin memproses biji sawit.

Safarudin Ibrahim, 27, hancur tangan kanannya dari paras siku hingga ke jari ketika sedang melakukan kerja-kerja memproses biji kelapa sawit, pada 10.30 pagi, hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Pegawai Bomba Kanan 2, Mohd Zawawi Nik, berkata pihaknya yang menerima panggilan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati tangan mangsa masih lagi tersepit pada mesin itu.

Katanya, anggota kemudiannya menggunakan peralatan khas untuk memotong rantai mesin berkenaan dan kerja menyelamat itu memerlukan kira-kira 40 minit berikutan kawasan berkenaan agak sempit.

"Tangan kanan mangsa dari paras siku hingga jari hancur dan dibawa ke Hospital Kampar untuk menerima rawatan sebelum operasi ditamatkan jam 10.20 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 5:16 PM