Anak buaya betina tersangkut pada jaring pukat di Sungai Keluang Besar, Besut,  10.50 pagi tadi. FOTO Syafiq Ambak
Anak buaya betina tersangkut pada jaring pukat di Sungai Keluang Besar, Besut, 10.50 pagi tadi. FOTO Syafiq Ambak
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Anak buaya betina tersangkut pada jaring pukat di Sungai Keluang Besar, Besut, 10.50 pagi tadi.

Reptilia seberat 20 kilogram dengan panjang dua meter itu ditemui penduduk kampung yang mahu mengambil pukatnya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu Mohd Hasdi Husin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 11 pagi memaklumkan penemuan reptilia itu.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, anggota PERHILITAN daerah Besut bergegas ke lokasi kejadian.

"Reptilia itu kemudian ditangkap sebelum dilepaskan semula ke dalam sungai Taman Negara Terengganu," katanya ketika dihubungi di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 6:24 PM