NUR Qistina dan adiknya bersama kucing baka Maine Coon.  Hisyamuddin bersama kucing Maine Coon  peliharaanya di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah.
NUR Qistina dan adiknya bersama kucing baka Maine Coon. Hisyamuddin bersama kucing Maine Coon peliharaanya di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah.
Zairee Mohd Yasak


Alor Gajah: Tinggal bersama kucing gergasi baka, Maine Coon di dalam rumah memberi kepuasan kepada pasangan pencinta kucing, Hisyamuddin Jamaludin, 39, dan isterinya, Siti Hajar Abd Aziz, 39.

Pasangan itu sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membiakkan, membeli makanan dan membiayai kos menjaga baka kucing gergasi itu kerana mahu memupuk sifat cintakan haiwan dalam jiwa tiga anak perempuan mereka.

Hisyamuddin berkata, dia tertarik dengan kucing baka Maine Coon berikutan sifat haiwan itu yang manja, setia dan gemar berada berhampiran tuannya berbanding baka import lain.

Mewarisi sifat sayangkan haiwan daripada bapanya, dia mahu tiga anaknya Nur Qaisara, 2, Nur Qaireen, 5, dan Nur Qistina, 8, mempunyai sifat sama.

Sebagai pencinta kucing, dia menganggap fizikal Maine Coon yang besar, panjang, mata dan telinga lebar serta berbulu lebat, amat sesuai dalam usahanya mendidik tiga anak menyintai haiwan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2016 @ 5:29 AM