Latipah (tengah) bergambar bersama bayi bertuah yang lahir pada Maal Hijrah di Hospital Melaka, hari ini. FOTO  Nor Shafinaz Sari
Latipah (tengah) bergambar bersama bayi bertuah yang lahir pada Maal Hijrah di Hospital Melaka, hari ini. FOTO Nor Shafinaz Sari
Nor Shafinaz Sari


Melaka: Seramai 13 bayi Maal Hijrah dilahirkan di Hospital Melaka, sehingga 9 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, kelahiran itu membabitkan lapan bayi perempuan dan lima lelaki.

"Selain menyambut Maal Hijrah, lawatan ini juga bertujuan untuk menggembirakan ibu yang selamat melahirkan bayi masing-masing pada tarikh bersejarah dalam Islam.

"Turut serta bersama kami adalah ustaz yang membacakan doa tahnik kepada bayi dilahirkan di hospital ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 8:18 PM