ABU Bakar (dua kanan) bergambar bersama keluarganya selepas menerima anugerah. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
ABU Bakar (dua kanan) bergambar bersama keluarganya selepas menerima anugerah. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), diumumkan sebagai penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor 1438H/2016M.

Abu Bakar Watak, 67, menerima wang tunai RM10,000 berserta sijil penghargaan, plak dan hadiah iringan.

Anugerah disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sebelum itu merasmikan majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor 1438H/2016M di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar di sini, hari ini

Abu Bakar yang berkhidmat selama 22 tahun di JAINJ diangkat sebagai penerima anugerah berkenaan atas sumbangan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan serta masih tidak jemu menabur bakti mengembangkan Islam biarpun sudah bersara daripada perkhidmatannya.

Bapa kepada enam cahaya mata itu pernah dilantik menjadi Penulis Khutbah Negeri Johor selama lima tahun sejak 2006.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 1:46 PM