Oleh Syah Rul Aswari Abdullah


Kuantan: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meminta rakyat Malaysia supaya sama-sama berdoa agar pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya akan menang pada perlawanan akhir pertama Piala AFF di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand malam ini.

Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) bertitah, baginda akan berada di stadium berkenaan bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama itu.

"Selepas majlis penyampaian bantuan banjir 2013 ini saya akan terbang ke Bangkok bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF antara pasukan kita dengan Thailand.

"Marilah kita berdoa mudah-mudahan pasukan kita (Harimau Malaya) menang pada malam ini, Insya-Allah," titah baginda pada Majlis Penyampaian Bantuan Banjir 2013 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Rendang di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Disember 2014 @ 4:32 PM