FOTO Mohd Ruzaini
FOTO Mohd Ruzaini
Mohd Ruzaini


Penampang: Sebuah kilang bahan mentah musnah dalam kebakaran di Donggongon, Jalan Penampang Lama, di sini, 9.30 malam tadi.

Kilang itu dipercayai menempatkan beberapa premis menjual peralatan aluminum, papan, pasir, cermin dan bata.

Ketua Zon 1 Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Hamsa Isnurdinu, ketika ditemui di tempat, berkata operasi memadamkan api membabitkan kira-kira 50 anggota.

“Lapan jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Lintas dan Papar terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran di kilang ini.

"Berdasarkan maklumat awal, kebakaran ini membabitkan kilang bahan mentah dengan terdapat beberapa premis di dalamnya yang berkeluasan kira-kira dua hektar," katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2016 @ 1:05 AM