Doctor2U tawar perkhidmatan ke semua negeri di Malaysia.
Doctor2U tawar perkhidmatan ke semua negeri di Malaysia.
Wan Nur Ameera Meor Rozman


Kadangkala kita menghadapi kesukaran untuk mencari mesin pengimbas atau scanner. Namun dengan kebangkitan pelbagai jenis aplikasi, terdapat pasukan pemaju yang membangunkan CamScanner, aplikasi khusus untuk mengimbas apa jua dokumen dengan hanya menggunakan kamera telefon.

Malah, CamScanner berfungsi untuk membantu anda mengimbas, menyimpan, sync dan melaksanakan beberapa tugasan daripada telefon pintar, tablet dan juga komputer.

Pengimbas mobil berkenaan membenarkan anda untuk mengimbas apa sahaja dokumen termasuk resit, nota, invois, nota daripada papan putih, kad perniagaan, sijil dan lain-lain.

Dengan fungsi smart cropping, aplikasi ini berupaya untuk memaksimumkan kualiti pengimbasan agar setiap teks dan grafik yang diimbas kelihatan jelas dan terang.

Selain fungsi mengimbas, CamScanner juga membenarkan anda berkongsi fail yang telah disimpan dalam bentuk PDF mahupun JPEG dengan orang lain melalui media sosial, lampiran e-mel atau menghantar pautan dokumen.

Bukan itu sahaja, ia turut membolehkan pengguna mencetak dokumen serta faks lampiran dokumen kepada penerima di lebih 30 buah negara terus daripada aplikasi.

Bersama keistimewaan lain seperti ciri keselamatan dan fungsi mengedit, CamScanner boleh dimanfaatkan pengguna Apple dan Android.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 5:26 AM