ADAM (kanan) gagal muncul pelumba rookie terbaik.
ADAM (kanan) gagal muncul pelumba rookie terbaik.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Selepas sasaran muncul pelumba rookie terbaik gagal musim ini, pelumba Moto3 negara Adam Norrodin diharap mampu meraih pencapaian lebih meyakinkan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali berkata, meskipun saingan Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) belum berakhir, beliau berpendapat sudah tiba masanya untuk pelumba SIC Racing Team itu meletakkan sasaran lebih baik.

Jelas Razlan, untuk musim ini, rata-rata pelumba rookie yang beraksi buat kali pertama pada saingan Moto3 mempunyai kualiti cukup tinggi termasuk pelumba negara dari pasukan Honda Team Asia Khairul Idham Pawi.

Faktor itu menyaksikan Adam dilihat agak ketinggalan apabila sekadar meraih lima mata selepas 13 pusingan.

“Sasaran awal adalah untuk Adam menjadi pelumba rookie terbaik. Tapi dengan standard ditunjukkan Khairul Idham, ia mungkin memberi tekanan kepadanya tahun ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2016 @ 5:59 AM