KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung : Lelaki maut tersepit selepas kereta yang dipandu bertembung dengan lori tangki di Jalan Kampung Segari Pantai Remis di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa yang memandu kereta disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang bergegas ke lokasi kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian segera mengerakkan sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

"Anggota bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alat keselamatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, operasi diketuai Penguasa Bomba Kanan II Kamaruddin Ahmad dan tamat pada 8.55 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 12:09 PM