INGIN mencuba #bananamelchallenge? Kunjungi kami di laman Facebook NESTUM MALAYSIA atau layari www.nestum.com.my untuk memperoleh Bananamel Box terlebih dahulu!
INGIN mencuba #bananamelchallenge? Kunjungi kami di laman Facebook NESTUM MALAYSIA atau layari www.nestum.com.my untuk memperoleh Bananamel Box terlebih dahulu!
NISA Kay & Hunny Madu.
NISA Kay & Hunny Madu.
HUI Mathews.
HUI Mathews.
KAREN Siah.
KAREN Siah.
MIN Luna.
MIN Luna.
KIRI KE KANAN: Personaliti #BananamelChallenge Karen Siah (pengasas Kia Kaha Fitness), Hunny Madu (artis), Nisa Kay (blogger), Hui Mathews (pengasas Ash Be Nimble), bersama para VIP NESTUM®.
KIRI KE KANAN: Personaliti #BananamelChallenge Karen Siah (pengasas Kia Kaha Fitness), Hunny Madu (artis), Nisa Kay (blogger), Hui Mathews (pengasas Ash Be Nimble), bersama para VIP NESTUM®.
Nestle

NESTUM® Grains & More Banana Caramel, minuman multi-bijirin penuh khasiat diperbuat daripada tepung gandum, beras dan jagung, kini mendorong warga Malaysia yang sibuk, untuk nikmati snek dengan cara lebih sihat.

Baru-baru ini, Nestlé Malaysia melancarkan produk NESTUM® Grains & More Banana Caramel, minuman berkhasiat dan menyegarkan untuk mendorong warga Malaysia berfikir semula tentang tabiat bersnek; inilah cara enak untuk kekal cergas sepanjang hari.

Memakan snek adalah tabiat lazim warga Malaysia. Kajian Malaysian Food Barometer Study 2013 melapor, antara 3 hingga 5 orang Malaysia bersnek dengan menjamu selera makanan kegemaran seperti kuih-muih tempatan, kek, dan biskut yang biasanya diiringi dengan teh tarik, kopi dan teh-O.

Laporan Malaysian Dietary Guideline 2010 mengalakkan kita menjamu dua ataupun tiga makanan ringan selain daripada makanan utama setiap hari. Memilih snek yang berkalori 200-300 kcal boleh memperbaiki kualiti diet, mengawal catuan makanan, dan membantu memenuhi keperluan nutrien tubuh badan kita ke tahap yang disyorkan.

Untuk mencetuskan tabiat bersnek secara sihat di antara warga Malaysia, NESTUM® melancarkan kempen #BananamelChallenge. Bagi memulakan kempen ini, NESTUM® telah mengundang lima personaliti wanita dinamik dengan gaya hidup yang berlainan, untuk menggalakkan tabiat bersnek secara sihat dan seimbang dengan mengkongsikan pengalaman mereka di Facebook dan Instagram .

“Dengan setiap hidangan yang mengandungi 119 kcal, NESTUM® Grains & More Banana Caramel adalah snek alternatif berkhasiat yang lebih sihat. Sertailah #bananamelchallenge NESTUM® bersama personaliti kami, dan mudah-mudahan dengan ini, kita akan membina tabiat pemakanan snek yang lebih sihat bersama-sama,” kata Pengurus Kesejahteraan Korporat, Nestlé Malaysia, Ms Cher Siew Wei, di majlis pelancaran NESTUM® Grains & More Banana Caramel.

Terbuka kepada orang ramai, #BananamelChallenge adalah cabaran untuk menikmati snek yang menyelerakan dan berkhasiat dengan secawan NESTUM ® Grains & More Banana Caramel dan diiringi dengan snek pelengkap. Selama tempoh lima hari, peserta #BananamelChallenge perlu menyediakan hidangan snek yang berkhasiat untuk sajian tengah hari, sebelum menjalani senaman, sarapan pagi, makan lewat malam dan pengganti makanan on-the-go.

Untuk memudahkan cabaran membentuk tabiat sihat ini, NESTUM ® menyediakan Bananamel Box, sebuah kotak rekabentuk khas yang mengandungi lima sajian NESTUM ® Grains & More Banana Caramel besertakan lima snek pelengkap yang telah dirumus khas oleh pakar pemakanan, berupa campuran kacang, buah-buahan kering dan bijirin.

Ingin mencuba #bananamelchallenge? Kunjungi kami di laman Facebook NESTUM MALAYSIA atau layari www.nestum.com.my untuk memperoleh Bananamel Box terlebih dahulu!

Lima personaliti akan berkongsi pengalaman #bananamelchallenge dengan seluruh warga Malaysia di Facebook dan Instagram.

Hunny Madu, artis rap dan pengacara TV, @hunnymadu

Seorang profesional industri hiburan yang terkemuka. Hunny Madu tidak asing lagi kepada gaya hidup yang sentiasa aktif. Beliau akan menyahut cabaran pemakanan dan jamuan snek secara sihat, sambil membahagikan masa untuk rakaman rekod baru, penggambaran dan tugasan seorang ibu.

Karen Siah, atlit Ironman, pengasas Kia Kaha Fitness, @karensiah

Seorang jurulatih kesihatan yang sentiasa bersemangat waja. Karen terlibat dalam pelbagai acara kesukanan dan kini seorang olahragawan acara perlumbaan Ironman yang cemerlang. Beliau adalah pengasas pusat kesihatan dan gimnasium di Taman Tun Dr Ismail. Selain melatih ahli di gimnasium, beliau mempunyai kerjaya menulis blog kesihatan di waktu lapangnya. Karen ingin menyertai kempen #bananamelchallenge untuk mendorong peminatnya untuk menerajui gaya hidup cergas menerusi senaman dan pemakanan sihat.

Nisa Kay, blogger gaya hidup, YouTuber, @nisa_kay>

Ikon media sosial dan YouTube ini mempunyai ribuan peminat yang mengikuti pandangan dan pendapatnya tentang mekap, pelancongan, makanan dan fesyen. Beliau juga berharap untuk menginspirasi pengikutnya tentang betapa mudah dan ringkas cara menyediakan sajian ringan berkhasiat dengan NESTUM®.

Min Luna, jurugaya fesyen selebriti, @minluna

Penulis, jurugaya fesyen runway dan stailis kepada selebriti termasuk aktres Neelofa, dan adiknya sendiri, Nadiya Nisaa. Min Luna adalah ikon wanita moden di Malaysia. Ibu kepada anak perempuan berusia 4 bulan ini berharap penyertaannya dalam acara #BananamelChallenge akan membuktikan bahawa, para wanita berkerjaya yang berumah tangga masih boleh menjalani kehidupan sihat dan cergas, bahkan bertumit tinggi lagi.

Hui Mathews, peminat kesihatan dan gaya hidup aktif , pengasas jenama pakaian sukan, Ash Be Nimble, @ashbenimble

Seorang pelumba triathlon dan peminat yoga. Hui mendapati ilham untuk mengagaskan jenama pakaian senaman tersendiri, ketika beliau menyertai acara perlumbaan kegemarannya pada kali pertama. Demi menginspirasikan warga Malaysia supaya prihatin terhadap kesihatan sambil mencapai impian masing-masing, Hui turut menyahut cabaran menyertai acara #BananamelChallenge dan akan merakam detik acaranya di media sosial Ash Be Nimble.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 12:01 PM