Keadaan Toyota Avanza dan Nissan Vanette yang bertembung. - Foto MOHD SHAFIK ZAINOL ABIDIN
Keadaan Toyota Avanza dan Nissan Vanette yang bertembung. - Foto MOHD SHAFIK ZAINOL ABIDIN
Mohd Shafik Zainol Abidin


Alor Gajah: Sebuah Toyota Avanza dinaiki empat beranak bertembung dengan van Nissan Vanette menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun patah kaki kiri dan cedera di badan, manakala pemandu Vanette, patah tangan kanan di Jalan Kuala Sungai Baru-Kuala Linggi, Masjid Tanah, pagi tadi.

Dalam kejadian 11 pagi itu, remaha yang cedera itu ialah penumpang belakang Toyota Avanza.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Pegawai Bomba Kanan II Shaari Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan pada 11.33 pagi.

"Kami terima laporan bahawa pemandu van berusia 43 tahun tersepit di tempat duduk, namun ketika sampai dia sudah dikeluarkan oleh orang awam.

"Pemandu dan dua lagi penumpang Toyota Avanza dilaporkan hanya cedera ringan pada badan dan muka," katanya.

Semua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru dan Klinik Kesihatan Lubok Cina untuk diberi rawatan kecemasan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2016 @ 5:31 PM