IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Mohd Hafizee Mohd Arop


Gopeng: Dua maut manakala tiga parah selepas trak pikap rempuh treler di kilometer 294.8 lebuh raya PLUS arah utara, dekat susur keluar Gopeng, di sini, malam tadi.

Mereka yang terbunuh di lokasi berusia antara 44 dan 22 tahun manakala tiga mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk menerima rawatan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, Nor Zamri A Wahab, berkatan pihaknya menerima panggilan, padad 8.05 malam.

Katanya, anggota yang tiba mendapati tiga mangsa tersepit manakala dua lagi mangsa sudah berjaya dibawa keluar oleh orang awam.

"Kemalangan dipercayai berpunca daripada lori yang rosak di lorong laju sebelum trak pikap berkenaan merempuh belakang lori berkenaan.

"Pasukan perubatan yang tiba mengesahkan dua mangsa maut di lokasi kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 10:31 AM