Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Kira-kira 135 rumah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, di sini, terjejas dipukul ribut dalam kejadian yang turut menyaksikan 'hujan batu' menimpa beberapa kawasan.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, 135 rumah terbabit dan enam daripadanya terjejas teruk.

"Dalam daerah Melaka Tengah hanya Dun Sungai Udang terjejas teruk dan kerajaan negeri akan bertindak segera membantu mereka," katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati, sebuah rumah di Kampung Batu 12, Sungai Udang, di sini, didiami 10 sekeluarga tercabut dinding, malah bumbung bahagian hadapan rumah diterbangkan angin sejauh hampir 20 meter.

Beberapa pokok besar di sekitar Plaza Sungai Udang juga tumbang dan tercabut akar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2016 @ 2:48 PM
ATAP rumah di Kampung Batu 12, Sungai Udang pecah dipercayai terkena bumbung rumah jiran yang diterbangkan angin. FOTO Mohd Hilmie Hussin dan Muhammad Hatim Ab Manan
ATAP rumah di Kampung Batu 12, Sungai Udang pecah dipercayai terkena bumbung rumah jiran yang diterbangkan angin. FOTO Mohd Hilmie Hussin dan Muhammad Hatim Ab Manan
POKOK di Sungai Udang tumbang. FOTO Mohd Hilmie Hussin dan Muhammad Hatim Ab Manan
POKOK di Sungai Udang tumbang. FOTO Mohd Hilmie Hussin dan Muhammad Hatim Ab Manan
DAHAN pokok terkena rumah di kampung batu 12 sungai udang. FOTO Mohd Hilmie Hussin dan Muhammad Hatim Ab Manan
DAHAN pokok terkena rumah di kampung batu 12 sungai udang. FOTO Mohd Hilmie Hussin dan Muhammad Hatim Ab Manan
RUMAH di Kampung Batu 12, Sungai Udang tercabut sebahagian bumbung dan dinding. FOTO Mohd Hilmie Hussin dan Muhammad Hatim Ab Manan
RUMAH di Kampung Batu 12, Sungai Udang tercabut sebahagian bumbung dan dinding. FOTO Mohd Hilmie Hussin dan Muhammad Hatim Ab Manan