MUHAMMAD Danish Ikmal Mohd Rosdi, 12, (kiri) bersama rakan sekelas, Siti Nurzulaiha Mat Sidi, 12, keluar dari dewan peperiksaan selepas habis menjawab kertas pertama dalam UPSR 2016 di Sekolah Kebangsaan Pulau Aman, Batu Kawan, Pulau Pinang. Pada tahun ini, hanya dua orang calon UPSR yang terlibat dari SK Pulau Aman dan jumlah keseluruhan pelajar adalah 23 orang dari tahun satu hingga tahun enam. FOTO Amir Irsyad Omar

Azma Razana Johari

Batu Kawan: Hanya dua calon iaitu lelaki dan perempuan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Pulau Aman (SKPA), Batu Kawan, hari ini.

Bagaimanapun, Siti Nurzulaiha Mat Sidi dan Muhammad Danish Ikmal Mohd Rosdi, 12, bertekad mahu membuktikan mampu mencatatkan keputusan cemerlang walaupun sekolah mereka terletak di pulau kecil dengan jumlah 23 murid keseluruhan dan 13 guru.

Kedua-duanya menyedari harapan terpikul di bahu mereka amat tinggi, namun tidak mahu rasa tertekan dengan tanggungjawab yang diberikan itu.

Guru Besar SKPA, Nokman Che Abas, berkata hanya dua calon UPSR menduduki peperiksaan berkenaan tahun ini berbanding tiga calon tahun lalu.

"Kita mengharapkan mereka lulus 100 peratus berdasarkan keupayaan mereka yang lulus 100 peratus pada ujian percubaan lalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 4:18 PM