FOTO Yazit Razali
FOTO Yazit Razali
Hafiz Ithnin


Kuala Lumpur: Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) memperkenalkan platform pertukaran sekuriti Islam bersepadu pertama dunia, Bursa Malaysia-i.

Ia menawarkan pilihan kepada pelabur untuk melabur dan berdagang produk patuh shariah menerusi platform patuh shariah.

Produk itu turut membantu Malaysia untuk mengembangkan modal pasaran patuh shariah yang kini mencatatkan RM1.6 bilion yang meningkat 63.5 peratus sejak 1997.

Pengerusinya, Tan Sri Amirsham A Aziz, berkata kewangan Islam di Malaysia menjadi segmen penting dalam sistem kewangan memandangkan ia berkembang secara sinifikan dalam 10 tahun yang mana sebelum ini perbankan Islam, takaful, sukuk dan kini pelaburan ekuiti.

"Bursa Malaysia-i merangkumi kepelbagaian lengkap berkaitan pertukaran patuh shariah termasuk penyenaraian, dagangan, kelulusan, penyelesaian dan perkhidmatan deposit.

"Pelancaran Bursa Malaysia-i adalah komitmen untuk menjadikan negara sebagai hab pelaburan patuh shariah dunia yang menawarkan kepelbagaian instrumen pasaran kewangan Islam," katanya pada majlis pelancaran Bursa Malaysia-i, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 3:59 PM