SAKIT belakang menyebabkan penghidapnya tidak selesa.
SAKIT belakang menyebabkan penghidapnya tidak selesa.
Siti Nadirah Hafidzin

Sakit keterlaluan yang menyebabkan rasa tidak selesa di bahagian belakang atau berhampiran pinggang pasti menyebabkan individu itu sukar melakukan tugas harian.

Sakit belakang sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana boleh dikatakan hampir setiap individu mengalaminya tanpa mengenal faktor jantina mahupun usia.

Penyakit ini juga yang kedua paling kerap menyerang manusia selepas penyakit selesema menyebabkan hampir

tiada seorang pun ter­kecuali daripada merasainya.

Namun aktiviti berat yang banyak dilakukan lelaki mahupun wanita dewasa menyebabkan golongan ini dikatakan lebih kerap menghadapinya.

Apakah punca sebenar rasa tidak selesa sehingga menimbulkan sakit belakang?

Pakar perunding dan bedah ortopedik Dr Ahmad Ali berkata, dari segi perubatan sakit belakang bermaksud apabila seseorang berasa sakit

atau tidak selesa pada bahagian bawah dada dan

di sekitar bahagian pinggang.

Menurutnya, pada bahagian belakang tubuh manusia tulang terbahagi kepada tiga bahagian

iaitu toraks, lumbar dan sakrum.

Pada bahagian lumbar inilah terdapat lima tulang manakala antara tulang

ini terdapat kusyen (disc) yang mempunyai

fungsi antara tulang

dan sendi.

“Masalah yang sering berlaku terletak pada kawasan lumbar dan sakrum. Urat dan otot berfungsi menguatkan tulang bagi memastikannya berfungsi dengan baik,” katanya.

Dr Ahmad berkata, setiap tulang belakang mempunyai empat sendi dan di tengahnya terdapat saraf besar.

“Saraf besar berfungsi untuk membawa saraf kecil ke kaki, pada bahagian belakang tepi tulang belakang terdapat lubang untuk saraf kecil terus

ke kaki.

“Dianggarkan 90 peratus sakit belakang berpunca daripada sakit urat dan otot,” ujarnya.

Punca paling kerap seseorang mengalami masalah sakit belakang ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu Slipped disc atau prolapsed disc

Keadaan ini mengakibatkan sedikit kusyen antara tulang terkeluar dari tempatnya. Apabila ia terkeluar, ia menekan saraf. Saraf yang tertekan menimbulkan rasa sakit dan kebas.

Ia diumpamakan seperti sarung kusyen terkoyak dan menyebabkan isinya terkeluar.

Keadaan ini berlaku dalam kalangan individu yang berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Antara punca kusyen terkoyak:

Mengangkat barang terlalu berat.

Pergerakan badan yang tidak sesuai dengan tulang belakang.

Ada kalanya batuk atau bersin yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan tekanan dalam perut meningkat justeru, ia memberi tekanan pada kusyen.

Selain itu terdapat

punca lain rasa sakit belakang, bagaimanapun ia dikatakan agak jarang berlaku seperti:

Ketumbuhan

Kecederaan seperti patah

Penyakit anky losing spondilitis yang mengakibatkan tulang belakang menjadi keras

Jangkitan kuman seperti kuman batuk kering (tuberculosis)

Ada kalanya sakit belakang juga berpunca daripada organ yang terdapat di sekeliling seperti buah pinggang, perut, saluran besar darah dan lain-lain.

Tanda

- Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).

- Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat ada kalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.

- Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.

Rawatan Fisioterapi Ubat-ubatan Pembedahan

Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf. Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak dan kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.

Bagaimanapun, mereka yang tidak merawat kecederaan berkenaan tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.

Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit, juga untuk menguatkan tulang.

Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 2:29 PM