ABDUL Hamid Abdullah yang hilang sejak Sabtu lalu. FOTO ihsan keluarga
ABDUL Hamid Abdullah yang hilang sejak Sabtu lalu. FOTO ihsan keluarga
Mohd Sharumnisham Shahbudin


Changlun: Keluarga lelaki warga emas buntu selepas dia hilang sejak Sabtu lalu ketika keluar dari rumah untuk menggunting rambut.

Mangsa Abdul Hamid Abdullah berumur, 77, keluar dari rumah di Taman Merbau Indah di sini, kira-kira 8 pagi dengan memandu kereta Proton Saga Aeroback untuk ke kedai gunting rambut.

Anaknya Nor Shaifudin Abdul Hamid, 38 berkata, bagaimanapun bapa mereka tidak pulang sehingga ke malam dan pada mulanya beranggapan dia pulang ke kampung di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap.

"Kami kemudian cuba menghubungi saudara mara semalam namun mereka memberitahu ayah tidak pernah ke sana.

"Kami juga ada bertanya kepada ahli keluarga lain namun mereka juga tidak mengetahui di mana ayah berada," katanya.

Menurutnya, bapanya pernah diserang penyakit jantung dan berharap sesiapa yang mempunyai maklumat dapat menghubunginya segera atau menghubungi balai polis berhampiran.

Bagi yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan Abdul Hamid bolehlah hubungi Nor Shaifudin ditalian 010-8668016.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 1:06 PM