Chukai: Seramai 52 mangsa membabitkan 10 keluarga dari Kampung Kuala Kubu dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir di sini, pagi ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, sehingga 11 pagi tadi, seramai 14 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke Balai Raya JKKK Padang Kubu.

"Seramai 17 orang membabitkan tiga keluarga ditempatkan di Berek Pegawai Ladang Padang Kubu, manakala 21 orang lagi daripada empat keluarga dipindahkan ke Masjid Lama Kampung Padang Baru," kata MKN.

Untuk maklumat terkini mengenai banjir di Terengganu, layari laman web etindakan.terengganu.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 11:34 AM