SHERRY sebak ketika nyanyikan Seikhlas Cinta pada majlis pelancaran.
SHERRY sebak ketika nyanyikan Seikhlas Cinta pada majlis pelancaran.

Bergelar naib juara dalam program Gempak Superstar membuka peluang kepada pelakon Sherry Ibrahim mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

Biarpun sepanjang pembabitannya sebagai anak seni Sherry lebih terarah kepada bidang lakonan, namun minatnya terhadap muzik tidak pernah padam.

Kesempatan yang diberikan pihak pengurusannya untuk merakam single berjudul Seikhlas Cinta dimanfaatkan Sherry dengan sebaiknya.

“Kalau bukan sekarang bila lagi? Bagi saya ini satu peluang keemasan yang tidak sepatutnya dipersiakan. Pada masa sama saya mahu menonjolkan bakat yang ada dan bukannya sekadar cakap kosong.

“Saya bertuah apabila dipilih menjadi peserta program itu kerana ia menambahkan lagi keyakinan saya di pentas. Sebelum ini saya kurang yakin untuk menyanyi secara langsung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Ogos 2016 @ 10:49 AM