Suspek (tengah) ditahan polis untuk siasatan lanjut. FOTO ihsan polis
Suspek (tengah) ditahan polis untuk siasatan lanjut. FOTO ihsan polis
Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuching: Seorang lelaki ditahan polis di Jalan Matang, Padawan tengah hari tadi kerana disyaki merogol kanak-kanak lembam berusia lima tahun, Rabu lalu.

Suspek berusia 24 tahun yang juga jiran mangsa ditahan kira-kira 12 tengah hari selepas keluar dari hutan berdekatan rumahnya kerana bersembunyi selepas mengetahui dirinya diburu polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, sebelum kejadian suspek dikatakan membawa mangsa keluar ke kedai runcit berdekatan dan mendapat keizinan daripada ibu bapa kanak-kanak itu.

Menurutnya, namun sebaik pulang mangsa menangis selain mengadu sakit pada kemaluan menyebabkan ibu bapanya membuat laporan polis pada hari yang sama.

"Pemeriksaan kesihatan di Hospital Umum Sarawak mengesahkan mangsa dirogol dan usaha memburu suspek dijalankan.

"Suspek akhirnya ditahan ketika mahu pulang ke rumahnya untuk mendapatkan makanan kerana kelaparan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2016 @ 8:09 PM