Najib melihat replikan projek LRT3 di  Stadium Melawati, petang tadi. FOTO Khairull Azry Bidin
Najib melihat replikan projek LRT3 di Stadium Melawati, petang tadi. FOTO Khairull Azry Bidin
Hairulazim Mahmud

Shah Alam: Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan jajaran laluan dari Bandar Utama, Petaling Jaya ke Johan Setia, Klang.

Perdana Menteri berkata, projek bernilai RM9 bilion itu akan memberikan manfaat kepada 2 juta penduduk di sepanjang laluan sepanjang 37 kilometer.

"Projek ini dijadualkan siap pada 31 Ogos 2020," katanya pada majlis pelancaran projek berkenaan di Stadium Melawati di sini.

Kerja-kerja pembinaan LRT3 dijadualkan bermula awal 2017.

Projek itu dimiliki oleh Prasarana Malaysia Berhad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 10:35 PM