ROSMAH bersama kanak-kanak Permata pada majlis pelancaran Program Perkhemahan Pintar dan Berbakat Permata Negara.Turut hadir Setiausaha Bahagian, Bahagian Permata, Datuk Saidatul Akhma Hassan (kiri); Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Program Permata, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod (dua kiri); Perunding kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (empat kanan) dan Pengarah Pusat Permata Pintar Negara, Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak (dua kanan). FOTO Bernama

Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Malaysia negara pertama mengadakan Perkhemahan Sains Kanak-kanak 2016 yang memberi pendedahan bidang Biologi, Kimia, Kejuruteraan, Fizik dan Forensik kepada kanak-kanak seawal usia dua hingga empat tahun.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Program PERMATA berkata, perkhemahan itu akan dijalankan pada November ini selama lima hari.

Menurutnya, kanak-kanak yang akan menyertai perkhemahan itu dipilih selepas menjalani ujian Skala Kepintaran Kanak-kanak PERMATA (PCIS) serta mencapai skor ditetapkan.

"Perkhemahan ini adalah terbuka dan saya berharap kita dapat menggunakan ujian PCIS untuk mencari lebih ramai kanak-kanak pintar dan berbakat seluruh negara.

"Ujian boleh diambil secara atas talian melalui pcis.upsi-ukm.edu.my," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Program Perkhemahan Pintar dan Berbakat PERMATA Negara di Seri Perdana hari ini.

Beliau berkata, ujian itu dibuka bermula 27 Ogos selama tempoh dua bulan.

Katanya, perkhemahan itu akan dijalankan di lima pusat mengikut zon iaitu zon utara (Alor Setar, Kedah); zon tengah (Universiti Perguruan Sultan Idris, Perak); zon selatan (Kolej PERMATA Pintar, Selangor); zon timur (Kuala Terengganu) dan Sabah serta Sarawak (Kuching).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 1:50 PM