FAIZAL (kiri) diasak pemain KLHC Haziq Samsul pada perlawanan Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia THT menentang KLHC di Stadium Hoki Batu Buruk, kelmarin.
FAIZAL (kiri) diasak pemain KLHC Haziq Samsul pada perlawanan Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia THT menentang KLHC di Stadium Hoki Batu Buruk, kelmarin.

Kuala Terengganu: Jurulatih Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) Muhammad Harun Al-Rashid Samri melahirkan perasaan lega selepas anak buahnya berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih Liga Hoki Premier TNB MHL 2016 buat kali ketiga berturut-turut dengan menumbangkan musuh utama Terengganu Hockey Team (THT) di Stadium Hoki Batu Buruk petang kelmarin.

Lebih manis, kemenangan 2-1 itu dilakar buat pertama kali di gelanggang keramat THT biarpun pemainnya terpaksa bermandi peluh sebelum berjaya menjinakkan juara berganda liga dan Piala TNB dua tahun berturut-turut itu.

“Kami turun dengan hasrat untuk mencipta hatrik kejuaraan Piala Sumbangsih ini, tetapi dengan reputasi hebat THT dan beraksi di laman mereka bukan satu tugas yang mudah untuk direalisasikan, namun selepas tamat perlawanan kami berasa lega kerana muncul juara,” kata Muhammad Harun.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kecemerlangan penjaga gol Roslan Jamaluddin yang berjaya menyelamatkan banyak percubaan bahaya tuan rumah yang diketuai kapten Mohd Faizal Saari adalah antara faktor utama kejayaan pasukannya.

“Selain itu, komitmen semua pemain yang menunjukkan semangat melawan kental walaupun beraksi di depan ribuan penyokong tuan rumah juga menjadi penyumbang kejayaan pasukan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 5:15 AM