BAHAN untuk menyediakan ayam penyet.
BAHAN untuk menyediakan ayam penyet.
BAHAN untuk membuat sambal loteh.
BAHAN untuk membuat sambal loteh.
SHEILA (kiri) menunjukkan kemahirannya memasak nasi ayam penyet.
SHEILA (kiri) menunjukkan kemahirannya memasak nasi ayam penyet.
HIDANGAN lengkap nasi ayam penyet yang disediakan Sheila.
HIDANGAN lengkap nasi ayam penyet yang disediakan Sheila.
Hajahfarhana Tarmudi


Nasi ayam penyet digemari ramai kerana dilengkapi ayam yang digoreng rangup bersama tempe atau tauhu goreng, ulam dan sambal loteh.

Lebih menarik apabila dimakan panas bersama serbuk gorengan ayam yang rangup, pasti membangkit selera kala perut kelaparan.

Menurut pelakon dan penerbit, Sheila Rusly, cara menyediakan nasi ayam penyet sangat mudah asalkan kita tahu bahan untuk menyedapkan hidangan.

“Cara paling ringkas dengan merebus ayam diperap bersama jintan, buah keras, serai, daun salam, lengkuas, bawang putih, bawang merah, halia dan ketumbar yang dikisar.

“Jangan lupa untuk menambah Maggi Cukup Rasa ke dalam bahan perapan bagi membantu membangkitkan rasa lemak dan masin.

“Selepas ayam direbus empuk, barulah digoreng hingga kekuningan. Bagi mendapatkan serbuk rangup, goreng ayam bersama lebihan ketumbar dan jintan,” katanya.

Tidak lengkap nasi ayam penyet tanpa kehadiran sambal loteh. Bahan yang diperlukan untuk membuat sambal loteh ialah cili merah, cili padi, tomato, bawang merah dan belacan.

Goreng semua bahan berkenaan dan tumbuk kasar atau halus, mengikut cita rasa masing-masing. Tambah sedikit Maggi Cukup Rasa untuk memberi imbangan kepada sambal yang dihasilkan dan garam tidak diperlukan.

Bagi menambah keenakan sambal loteh, perahkan sedikit limau kasturi, limau nipis atau air asam jawa. Sheila berkongsi resipi menarik itu bersama peminatnya ketika majlis pelancaran apabila dilantik sebagai duta untuk produk berkenaan, baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Pengurus Eksekutif Perniagaan Bahagian Makanan Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle), Rosalyn Simba.

Panduan memasak yang dikongsi Sheila:

• Pengurusan masa. Kita harus bijak menguruskan masa bagi memastikan dapat memasak untuk seisi keluarga di rumah terutama wanita bekerja.

Sebaiknya, ambil tahu waktu pulang atau sampai ke rumah untuk memulakan aktiviti memasak dengan menyeronokkan dan tidak tergesa-gesa.

• Rancang menu. Bagi memudahkan kerja memasak, pastikan bersedia dengan senarai menu dan bahan yang ingin digunakan.

• Persediaan bahan. Sebaiknya, simpan bahan masakan yang digunakan dalam bekas berasingan mengikut menu yang dirancang.

Pastikan bahan memasak sudah siap dipotong atau dikisar agar dapat memasak dengan pantas dan tidak memenatkan.

Susun dengan kemas bahan yang disimpan dalam peti sejuk mengikut turutan hari dan menu untuk memudahkan ia dicapai.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 12:17 PM