SEBUAH jengkaut digunakan untuk menggali tempat yang dipercayai kereta api itu tertimbus. -  EPA
SEBUAH jengkaut digunakan untuk menggali tempat yang dipercayai kereta api itu tertimbus. - EPA

Warsaw: Pasukan pencari harta karun Poland memulakan operasi menggali semalam dalam misi mencari sebuah kereta api legenda Nazi yang dikatakan penuh dengan emas dan senjata.

Pasukan itu tidak putus asa walaupun usaha mencari selama beberapa dekad tidak membuahkan hasil dan ujian saintifik mencadangkan tiada kereta api di kawasan berkenaan.

Ahli sejarah turut memberi amaran bahawa kereta api legenda yang dikatakan berada di satu kawasan di barat daya Poland itu mungkin langsung tidak wujud.

Menurut legenda, sebuah kereta api Nazi yang penuh dengan emas hilang di dalam terowong bawah gunung ketika tentera Jerman melarikan diri dari kemaraan tentera Soviet ketika akhir Perang Dunia Kedua.

Sebuah jentera pengaut berwarna kuning mengalihkan tanah di landasan kereta api di lokasi tempat dua pengembara percaya kereta api itu tertanam.

Kerja menggali itu dijangka berlangsung selama beberapa hari. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2016 @ 9:39 AM