KETUA Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, Mohd Ezani Awang (depan, tengah) bersama sebahagian pegawai dan kakitangan pejabat PPD Kota Bharu mengibar bendera Jalur Gemilang sebelum melepaskan konvoi bagi mengagihkan bendera kepada pegawai dan kakitangan sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Kebangsaan di Jalan Telipot, Kota Bharu. FOTO Zaman Huri Isa

Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu mengagihkan sebanyak 98 Jalur Gemilang kepada pegawai dan kakitangannya bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 negara.

Semua bendera itu dipasang pada kenderaan mereka sepanjang sebulan tempoh sambutan.

Ketua Pegawainya, Mohd Ezani Awang berkata, inisiatif itu diambil bersempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Kebangsaan yang berlangsung hari ini hingga 16 September.

Katanya, mereka juga mengadakan konvoi ke beberapa sekolah di bawah PPD itu untuk penyerahan Jalur Gemilang kepada pengetua dan guru besar sebagai simbolik berlangsungnya kempen.

"Agihan ini dibuat dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) dan Majlis Guru Besar (MGB) Kota Bharu.

"Ia juga menunjukkan semangat kebersamaan PPD bersama komuniti serta pihak sekolah menyambut kemerdekaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat PPD Kota Bharu, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2016 @ 11:17 AM