FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Fuad Hadinata Yaacob


Klang: Sekeluarga dari Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, dikejutkan dengan kehadiran ular sawa dalam mangkuk tandas rumah itu malam tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hendak membuang air sebelum mendapati seekor ular sawa dalam mangkuk tandas itu.

Ular sepanjang dua meter itu dipercayai masuk mengikut saluran septik tandas berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.08 malam dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi.

"Pasukan yang diketuai Ketua Operasi, Mawardi Ahmad mengambil masa 25 minit untuk mengeluarkan ular itu dengan menggunakan penjerut ular.

"Ular itu kemudian dilepaskan di tempat yang selamat," katanya.

Menurutnya, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2016 @ 10:47 AM