BAKAKUK yang digunakan mangsa dan suspek ketika memburu rusa. FOTO ihsan Polis
BAKAKUK yang digunakan mangsa dan suspek ketika memburu rusa. FOTO ihsan Polis
Ardyhansah Amat


Tuaran: Lelaki maut terkena tembakan oleh bapa saudaranya ketika keluar memburu di Hutan Rigi, Kampung Saradan, Tenghilan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa, 42, maut di lokasi kejadian selepas terkena tembakan senjata api buatan sendiri jenis bakakuk di dada kirinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama bapa saudaranya, 51, ke hutan berkenaan untuk memburu rusa.

"Sebaik tiba di hutan tersebut, mangsa dan suspek mengambil keputusan berpecah bagi memudahkan pemburuan dilakukan.

"Bagaimanapun, suspek tiba-tiba menembak satu objek yang disangkanya rusa, sebelum menyedari objek tersebut adalah mangsa," katanya.

Menurut Salehhudin, polis kini menahan suspek bagi membantu siastan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan selain merampas dua senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 4:29 PM