AHMAD Bashah (dua kanan) diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Air dan Tenaga Negeri Kedah, Datuk Badrul Hisham Hashim (kanan) melekatkan Jalur Gemilang di hadapan motosikal berkuasa tinggi ketika melepaskan peserta konvoi. FOTO Sharul Hafiz Zam

Suzalina Halid

Alor Setar: Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan membabitkan projek naik taraf loji air Kampung Mani, Kuala Nerang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, apabila adanya laporan berhubung dakwaan seperti itu dibuat kepada pihak berkuasa, kerajaan negeri akan menyerahkan kes terbabit untuk disiasat SPRM.

Namun beliau berkata, jika diperlukan kerajaan negeri bersedia memberikan kerjasama bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar.

"Kalau ada laporan kita serah pada SPRM untuk buat siasatan... jika benar adanya kes terpulang pada SPRM.

"Itu baru buat laporan awal, kena tengok dulu dan jika SPRM perlu kerjasama kita, kita akan beri kerjasama itu, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Dewan Pemuda PAS Kedah yang membuat laporan kepada SPRM negeri ini berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dana kerajaan melalui projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Kg Mani, Kuala Nerang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2016 @ 7:56 PM