Farid (kanan sekali) memperkenalkan model SUV pertama Maserati Levante di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Farid (kanan sekali) memperkenalkan model SUV pertama Maserati Levante di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Lizam Ridzuan

Kuala Lumpur: Naza Italia Sdn Bhd pengimport dan pengedar sah kenderaan jenama Maserati di Malaysia memperkenalkan kepada media model Levante iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jenama dari Itali itu.

Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara yang memperkenalkan model ini dengan ciri rekaan sporty, berprestasi, eksklusif dan mampu mengharungi laluan lasak (off-road) serta praktikal untuk kegunaan harian.

Menurut Naib Presidennya Farid Sulaiman berkata, model Levante bakal memasuki ke pasaran Malaysia pada hujung tahun ini dengan varian enjin diesel 3.0 liter V6 yang memiliki 275 kuasa kuda dan tork 600 Nm pasti memberi lebih pilihan buat pengguna di sini.

Model ini mula dipertontonkan kepada umum ketika Pameran Motor Geneva Mac lalu dan untuk pasaran Asia ia diimport sepenuhnya dari kilang pemasangan Maserati di Turin, Itali dengan struktur rekaan diasaskan daripada model Quattroporte dan Ghibli bagi mengekalkan elemen premium dan pemanduan.

Harga asas untuk model ini dijangkakan di bawah RM800,000 dan kini dibuka untuk tempahan serta Levante boleh dilihat dengan lebih dekat lagi di ruang pameran Naza Italia di Petaling Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016 @ 2:56 PM