PEMUDA tak luntur semangat akhirnya dapat tawaran PhD di UK.
PEMUDA tak luntur semangat akhirnya dapat tawaran PhD di UK.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Kuala Lumpur: Empat puluh tiga kali gagal permohonan biasiswa. Dugaan itu sedikitpun tidak pernah melunturkan semangat seorang pemuda untuk merealisasikan impiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Penantian selama dua tahun Mohd Muzzammil Ismail, 26, berakhir pada Mei lalu apabila beliau menerima lima biasiswa serentak, termasuk dari Korea dan Taiwan.

Tawaran itu sekali gus memberikan harapan baharu dalam kehidupannya yang sebelum ini pernah berputus asa berikutan kesukaran mendapatkan biasiswa termasuk dari dalam dan luar negara meskipun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Beliau bakal melanjutkan pengajian peringkat PhD dalam bidang geografi yakni tebatan banjir di Universiti of Durham, United Kingdom (UK) pada September ini menggunakan biasiswa UK dengan kerjasama dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Berkongsi kisah pahit dalam kehidupannya, Mohd Muzzammil berkata, kesulitan itu bermula selepas beliau pulang ke tanah air sebaik sahaja menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang hartanah, perancangan bandar dan wilayah di Heriot-Watt University, UK pada 2014.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 8:42 AM