HAGINO (kanan), Seto bersama pingat   dimenangi.
HAGINO (kanan), Seto bersama pingat dimenangi.

Rio de Janeiro: Kosuke Hagino memenangi acara 400 meter rampaian individu lelaki untuk menghadiahkan emas pertama Jepun di temasya Olimpik Rio.

Hagino yang memenangi pingat gangsa di London, muncul juara dengan catatan 4 minit 6.05 saat untuk menamatkan penguasaan Amerika Syarikat dalam acara itu sejak 1996.

Chase Kalisz dari AS yang merekodkan masa terpantas ketika saringan berada kedua manakala seorang lagi atlet Jepun Daiya Seto ketiga.

Hagino merekodkan masa ketiga terpantas dan catatan terpantas yang pernah dicatatkan oleh perenang bukan dari AS.

Juara Olimpik Ryan Lochte dari AS tidak layak beraksi selepas tewas ketika pertandingan ujian AS begitu juga Michael Phelps, pemenang 2004 dan 2008.

Tom Dolan dari AS memenangi acara itu ketika 1996 dan 2000.

Kemenangan Hagino itu mengubati kekecewaannya selepas tidak menyertai Kejohanan Dunia tahun lalu kerana kecederaan yang menyaksikan Seto memenangi acara itu. Seto mendahului saingan pada 100m pertama termasuk 50m pertama aksi kuak kupu-kupu namun kuakan Hagino bermula pada baki 150m terakhir untuk terus mendahului saingan sebelum Kalisz berjaya memintas Seto ketika aksi kuak dada. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 12:47 PM