RUHAINIES percaya kalau cepat tampil dan cari penyelesaian, masalah boleh selesai dengan baik.
RUHAINIES percaya kalau cepat tampil dan cari penyelesaian, masalah boleh selesai dengan baik.
Rudy Imran Shamsudin


Dalam setahun jadi pelakon, pelbagai kontroversi dilalui Ruhainies Ilyas, 24, tetapi pelakon yang mula menjadi perhatian melalui drama Hello Mr Perfect, dilihat begitu tenang berhadapan situasi kurang menyenangkan itu.

Bermula dengan pertikaian kemenangannya sebagai Antagonis Pilihan bagi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) melalui drama Hello Mr Perfect.

Ruhainies menewaskan pelakon senior yang turut tersenarai dalam kategori terbabit. Reda isu itu, timbul pula ‘perang’ kenyataan di antaranya dengan seorang lagi pendatang baru yang semakin mencipta nama, Janna Nick.

Kontroversi paling menggegarkan peminat tentulah yang terbaru ini apabila rakaman videonya keluar bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang juga suami penyanyi Adira tersebar.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berani membidas kenyataan Datuk Red dan mengatakan dirinya cuba diperangkap. Dia juga mendapatkan penjelasan daripada ahli perniagaan itu, sekali gus menutup isu yang hangat diperkatakan itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2016 @ 5:10 AM