Oleh Fardy Bungga


Puchong: Seorang lelaki ditemui terperangkap di dalam kereta terbakar sebelum meninggal dunia di Jalan BK 1/8, Bandar Kinrara, Puchong petang tadi.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, mangsa ditemui terperangkap di dalam kereta oleh beberapa penduduk berhampiran yang cuba mengeluarkannya dan memadamkan api kebakaran.

Bagaimanapun, usaha penduduk gagal dan mangsa dipercayai maut akibat terhidu asap serta turut melecur di beberapa bahagian badan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, mangsa seorang warga emas dikenali sebagai Leong Yuen Wah berusia 58 tahun.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 8:17 PM