Ustaz Mohamad Razali. FOTO Safar Ahmad
Ustaz Mohamad Razali. FOTO Safar Ahmad
Safar Ahmad


Madinah: Jemaah haji Malaysia dinasihatkan merujuk kepada pembimbing ibadat haji yang dilantik Lembaga Tabung Haji (TH) jika berlaku khilaf atau ketidakfahaman dalam amalan ketika berada di Tanah Suci.

Pengurus Ibadat Madinah Ustaz Mohamad Razali Zakaria berkata, ia penting bagi memastikan keseragaman hukum yang diputuskan Muzakarah Haji.

Beliau menasihatkan jemaah supaya mengelak daripada mendapatkan maklumat daripada buku atau risalah yang tidak diiktiraf TH.

"Sila gunakan risalah yang dikeluarkan Tabung Haji saja mudah-mudahan ini dapat membantu jemaah lebih fokus kepada ibadat haji," katanya dalam sidang media di Hotel Al Haram di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kekeliruan yang mungkin dihadapi jemaah negara ini berikutan pertembungan cara ibadah sedikit berbeza dengan jemaah negara lain yang mengamalkan ajaran pelbagai mazhab.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 4:48 PM