AMAR Singh melihat barang kes judi dimusnahkan jentolak, semalam.
AMAR Singh melihat barang kes judi dimusnahkan jentolak, semalam.
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Harta ‘tauke’ sindiket judi Internet membabitkan komputer bernilai RM22 juta dimusnahkan polis Kontinjen Kuala Lumpur di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, menggunakan jentolak.

Majlis Pelupusan Barang Kes Mesin Perjudian Online Kontinjen Kuala Lumpur itu bermula jam 4 petang semalam, turut disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, Timbalan Pendaftar Kanan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Mohd Khairi Harun dan Penolong Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur Azwan Abd Kadir.

Amar berkata, majlis pelupusan semalam menyaksikan barang rampasan sebanyak 11,525 unit komputer dimusnahkan.

“Pada hari ini (semalam) kita dapat melihat prosedur pelupusan barang rampasan membabitkan komputer judi online sejak tahun lalu.

“Set komputer ini dimusnah selepas mendapat perintah daripada mahkamah. Semua barang ini dirampas polis dari semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui dalam majlis berkenaan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 7:28 AM