SETIAP pautan website dan artikel disimpan menerusi Pocket boleh diakses melalui mana-mana peranti.
SETIAP pautan website dan artikel disimpan menerusi Pocket boleh diakses melalui mana-mana peranti.
Wan Nur Ameera Meor Rozman


Ada masanya, kita berdepan pelbagai situasi apabila tidak boleh melakukan sebarang akses ke Internet disebabkan beberapa faktor antaranya kehabisan data dan tiada sambungan di sesuatu lokasi terpencil.

Dalam kebosanan, tiada aktiviti menarik yang dapat dilakukan menerusi telefon pintar kerana rata-rata aplikasi yang dimuat turun memerlukan penggunaan data Internet.

Kini, dengan adanya aplikasi Pocket, anda tidak perlu risau lagi.

Pocket adalah sebuah aplikasi save for later yang membolehkan anda untuk menyimpan sebarang artikel, video mahupun pautan untuk bacaan atau tontonan anda pada kemudian waktu.

Simpanan anda akan menjadi bertambah mudah kerana setiap pautan website dan artikel yang disimpan melalui aplikasi ini boleh diakses melalui mana-mana peranti termasuk telefon, tablet termasuk komputer.

Bahkan, pengguna turut boleh menyimpan sebarang artikel yang menarik untuk dibaca pada waktu lain daripada Safari, e-mel dan aplikasi kegemaran ramai seperti Facebook, Twitter, Flipboard serta Feedly.

Selain boleh menyesuaikan akaun anda mengikut gaya dan susun atur yang digemari, anda juga boleh berkongsi artikel menarik dengan pengikut Pocket anda.

Aplikasi ini boleh dimuat turun oleh kedua pengguna Android dan Apple melalui Play Store dan App Store.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 6:18 AM