ABDUL Ghaffar (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas oleh Maidu (kanan) daripada Ng. FOTO Zulaikha Zainuzman
ABDUL Ghaffar (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas oleh Maidu (kanan) daripada Ng. FOTO Zulaikha Zainuzman
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superintendan Maidu Abu Bakar dilantik Ketua JSJN Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini pagi tadi.

Maidu menggantikan Asisten Komisioner Guan Beng Kang yang dinaikkan pangkat dan bertukar di JSJN Bukit Aman bulan lalu.

Maidu, 54, anak kelahiran Tampin, Negeri Sembilan yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjanji akan menumpukan sepenuh perhatian dalam usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di Pulau Pinang,

"Saya akan lebih komited menjalankan tugas yang diamanahkan dan berjanji akan menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang,” katanyanya.

Beliau turut mengakui pelbagai cabaran kerja akan ditempuhi berbanding tugasnya sebelum ini di Melaka.

Majlis penyerahan tugas disempurnakan antara Maidu dan pemangku JSJN Negeri, Deputi Superintendan Ng Ang Tiam sambil disaksikan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab.

Abdul Ghafar berkata, pihaknya akan memberikan penumpuan utama dalam usaha pembanterasan dadah termasuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan terutama menepis persepsi masyarakat bahawa Pulau Pinang diberikan jolokan sebagai pusat 'Hub Dadah'.

"Kita akan berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan kegiatan pengedaran dadah di negeri ini dan akan berusaha dengan lebih gigih untuk memerangi habis-habisan termasuk memberikan penumpunan kepada pengedaran dadah membabitkan pelajar sekolah yang dilaporkan semakin serius.

"Kita juga akan meminta semua pegawai kanan PDRM termasuk semua Ketua Polis Daerah untuk memantau dan mendapatkan maklumat lengkap kegiatan pengedaran dadah sehingga menjadi kegusaran kepada masyarakat setempat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2016 @ 12:04 PM