FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Serdang: Seorang anggota polis berpangkat sarjan parah selepas terkena tembakan yang tidak disengajakan oleh anggota lain yang sedang mengosongkan senjata api dalam kejadian di Balai Polis Bandar Kinrara, di sini, kira-kira 9 pagi tadi.

Menurut sumber polis, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa sedang membaiki kereta MPV sebelum terbaring tidak sedarkan diri akibat terkena tembakan.

"Anggota yang bertanggungjawab membersihkan senjata api itu dikatakan sedang mengosongkan senjata api sebelum dia secara tidak sengaja meramas picu pistol itu," kata sumber itu.

Difahamkan mangsa kini dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Julai 2016 @ 12:48 PM