MAYAT mangsa yang ditemui terbaring di bawah sebuah kondominium di Kota Damansara selepas  terjatuh dari tingkat 19.
MAYAT mangsa yang ditemui terbaring di bawah sebuah kondominium di Kota Damansara selepas terjatuh dari tingkat 19.
Mohd Hasbi Sidek


Petaling Jaya: Seorang penuntut kolej swasta yang didakwa gemar bercakap bersendirian ditemui maut terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, mangsa warga Sudan dikenali sebagai Ahmed Abdalla Mohamed Ali, 29, ditemui mati terbaring di tingkat bawah kediaman.

Sumber polis berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai yang memaklumkan menemui seorang lelaki terbaring berhampiran kolam renang.

“Polis bergegas ke lokasi dan pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Kira-kira jam 4 petang hari kejadian, mangsa pergi ke rumah rakannya dikenali sebagai Moumin, 29, dan memaklumkan masih belum makan. Rakannya kemudian memasak untuknya di dapur,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 8:15 AM