ANGELINA (dua dari kanan)  memperkenalkan menu baru Ole Ole Rice Wrap  di KFC Pavilion, semalam.
ANGELINA (dua dari kanan) memperkenalkan menu baru Ole Ole Rice Wrap di KFC Pavilion, semalam.
myMetro

Kuala Lumpur: KFC Malaysia menyasarkan pengenalan menu terbaru, Ole Ole Rice Wrap mampu menyumbangkan kira-kira lapan peratus kepada jualan keseluruhannya menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC, Angelina Villanueva berkata, hidangan terbaru itu menawarkan gabungan rasa unik nasi Mexico bersama sos salsa dan kepingan Zinger yang digulung dengan roti tortilla.

“Ianya dipadankan dengan hidangan sampingan ‘Golden Potato Bites’ baru dan minuman ringan Mountain Dew yang menyegarkan. Memandangkan ia dijual pada harga yang amat berpatutan bermula RM5.90, menu baru ini disasarkan kepada golongan eksekutif muda serta pelajar,” katanya selepas majlis pelancaran Ole Ole Rice Wrap, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Operasi KFC Malaysia, Chandrasagran Munusamy.

Beliau berkata, KFC Olé Olé Rice Wrap turut boleh didapati dalam hidangan kombo dan juga ‘box meal’ dengan nilai hanya RM8.90 sehingga September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2016 @ 7:14 AM