11 penuntut universiti yang selamat ditemui pasukan bomba. FOTO ihsan bomba
11 penuntut universiti yang selamat ditemui pasukan bomba. FOTO ihsan bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Ampang: Sekumpulan 11 penuntut universiti swasta di ibu negara ditemui selamat kira-kira 3 pagi tadi selepas dilaporkan terkandas semasa mendaki Bukit Saga, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Skein Citbanchong berkata, semua penuntut berusia 19 hingga 24 tahun itu ditemui selepas operasi digerakkan jam 10.50 malam tadi.

Katanya, mereka dilaporkan terkandas selepas dikatakan mendaki bukit itu pada sebelah petang.

"Mereka tidak sesat cuma terkandas sebab semasa kumpulan pendaki itu hendak turun hari sudah pun gelap," katanya ketika dihubungi Harian Metro, sebentar tadi.

Beliau berkata, kumpulan pendaki terdiri tujuh wanita dan empat lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pulang ke kediaman masing-masing sebaik keterangan diambil.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2016 @ 11:47 AM