MELANGKAH ke pentas teater portfolio baru dalam karier seni.
MELANGKAH ke pentas teater portfolio baru dalam karier seni.

Selepas berjaya membina nama sebagai hero drama dan filem, Aeril Zafril, 28, cukup teliti dan tidak suka bersikap terburu-buru dalam menerima tawaran berlakon.

Aeril yang juga suami pelakon Wawa Zainal lebih gemar ‘ukur baju di badan sendiri’ apatah lagi untuk beraksi di pentas teater.

Katanya, tawaran membintangi teater bukanlah satu keputusan yang boleh diambil mudah kerana berlakon teater tidak sama seperti membintangi drama atau filem.

“Saya harus lebih dulu memastikan benar-benar bersedia untuk mencuba. Selepas tiga kali dilamar Istana Budaya (IB) untuk berlakon teater, baru sekarang saya bersedia.

“Itu pun saya diberi peluang beraksi dalam teater bangsawan seperti Lela Manja,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2016 @ 6:25 AM